budak2 comey ;p

Friday, April 20, 2012

new life:)

assalamulaikum,

dah genap seminggu sue pindah kat tempat baru. kalau ikut hati, memang la sedih tinggal kerja lama, walaupun bos jenis suka jerit2. tapi itu la yang menyebabkan kita lagi rindu dengan tempat lama.

rindu dengan suasana ofis bila dah nak dekat jam dua ( time nak pegi bank), rindu dengan suasana riuh rendah kat sana, pastu wife bos, yang selalu belanja kami makan.

tapi, kalau sue tak berhenti, sue takkan dapat naik. saya datang kl dengan satu hasrat, nak maju kan hidup. nak my family bangga dengan saya. so, tepaksa la korban kan perasaan sementara ni.

lagipun, sue terpaksa tinggalkan gombak, sebab tempat tu banyak sangat kenangan pahit n manis. pelajaran pertama, jangan sesekali berskandal di tempat keje ye:) hehehe.

p/s: still mengharap si dia contact saya:)

Saturday, March 24, 2012

"Cinta Remaja" VS "Erk"



Assalamualaikum pada yang sudi menjenguk. Terima Kasih daun keladi di ucapkan. (terskema pulak )



Malam tadi tengah termenung sorang2, terpandang “couple” berpegang pegangan tangan. Kebetulan kedai yang berderet kat situ ada kedai yang jual “ bak kut teh” . bukan nak bebel pasal couple tu nak makan bab* or apa. Tapi tetiba su terfikir lak, satu persamaan.



Pegang Bab* = Haram
Pegang Pakwe/ Makwe (Bukan Muhrim) = Haram

Jadi,
Pegang Bab* = Pegang Pakwe/ Makwe



Hmmmm…tetiba su tersedar dari khyalan yang entah pape ni. Tapi terfikir jugak la..betul ke apa yang aku fakir ni? Betul kot, yang beza Cuma tak perlu samak. Eh?

P/S: Kalau menegur, kita pula yang dikatakan kolot. Dunia je semua ni…heeeee~~

Monday, March 12, 2012

HOUSEKEEPING IN PROGRESS

waaaa...banyaknya habuk kat sini. hehehe. jom main kemas2 blog.

Assalamualaikum.

Sejak sue start bekerja dah setahun lebih ni, terpaksa mengaku yang saya dah pinggirkan encik blog. hehehe. padan muka encik blog. :P uwekk.

soalan: encik blog sayang saya lagi tak.?

Thursday, April 21, 2011

Anti Sosial


Anti sosial. Haha. Perkataan yang amat sinonim atau amat serasi dengan diri Sue. Pelik la. Sue ni anti sosial ke?

Well, saya takde beratus ratus kawan dekat fb. Saya takde kawan yang nak ajak saya pergi tengok wayang di hari minggu. Saya takde boyf***** pom. :(. Sedih.

Anti Sosial ke? Pemalu je.

Friday, March 18, 2011

tsunami di jepun( gambar)

Assalamualaikum Mr. Blog,

Jutaan simpati untuk warga jepun:(. walaupun tiada wara jepun jenguk Mr. Blog:)

Nabi saw bersabda:

tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya " Asap, Dajjal, Binatang, Terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya'juk dan Ma'juk, Tiga kali gempa bumi, sekali di timur, skali di barat, sekali di semenanjung arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Masyar mereka."

Hadis riwayat Muslim.





















mood: insaf

Sunday, March 6, 2011

Jom Kawen:)

Saya: awak, saya takut la duk sorang.
Dia: erm, saya tak boleh teman, kita takde ikatan.
Saya: jom kawen!!
Dia:.....................(Diam seribu bahasa)

Aku: (Hampeh!)

Cumilnye saya:)


Assalamualaikum sayang....(Mr. Blog)

Mr. Blog tahu kan yang su dah takde housie sekarang:(. So, su ada borak borak dengan pakwe tak jadi la kot. (Su pernah bercouple tak sampai 24 jam dah putus. Kenapa? Sebab couple2 ni bukan untukku.hehe) So, I declare myself orang yang tak pernah bencinta. Boleh kan?

Dia diam bila seorang perempuan ajak dia kawen( walaupun i'm juz joke). Hahaha.

p/s: Salah ke kita kawen(Nikah) kalau tak bercinta dulu? Lepas nikah kan boleh bercinta:)

Saturday, March 5, 2011

Mencari Housemate

Assalamualaikum sayang,..(Mr. Blog)

Aduh! baru je bulan pertama su start kerja, dah ada problem nak cari housemate baru, al- maklumlah..housemate sekarang dah dapat keje dekat shah alam. so, kurang dalam masa sebulan su kena cari orang baru la untuk jadi peneman diri ini dikala suka duka.

Well, sebenarnya su tak sangka akan jumpa pelbagai ragam manusia dalam proses mencari teman baru ni. uhuks.

situasi pertama : ada yang beria ria datang tengok rumah, tapi keesokan harinya mesej " maaf kak! tak jadi taw". Buat penat den je sedia air minum. ngee~~

situasi kedua: (situasi sue memili alternatif, mungkin sue yang patut cari rumah lain if tak ada orang nak jadi teman) " sue, akak tinggal sama akak punya bf, so, kalau sue x kisah, bolehla su masuk pindah kat sini". Adess, kompem sue pun tak jadi nak pindah jugak. Nanti tak pasal2 time awek dia takde, mai cari aku (maklum la sue ni agak comel ye mr. blog. uhuks)

situasi ketiga: (kena maki) - terlalu kesat kata2 orang tersebut untuk dituliskan. tapi sue jugak yang mintak maap. uhuks.

situasi keempat : tiba tiba tak beminat lepas tengok rumah. Rumah bukan main lawa pun tak minat ke? Adess.

rumah ku syurgaku:)

P/S: Masih lagi mencari teman yang sesuai...