budak2 comey ;p

Friday, May 8, 2009

HePi MotHerS Day....SayAng MaK...

act, entri kali ni su amek dr org len nyer blog...maaf yer...jgn saman sue...uhuks2..
hmmm...bb tertarik sgt dgn entri ni..that's y la su amek...menetes air mataku...uwaaaaaaaaaa!!!!
korag th x bler ari ibu?? jgn xtau lak...kn lempang nt..hik2..



Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata…memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku….makBila lapar, yang suapkan aku….makBila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….makBila nangis, orang pertama yang datang ….makBila nak bermanja, aku dekati….makBila nak bergesel, aku duduk sebelah….makBila sedih, yang boleh memujukku hanya….makBila nakal, yang memarahi aku….makBila merajuk, yang memujukku cuma….makBila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….makBila nak peluk, yang aku suka peluk….makAku selalu teringatkan ….makBila sedih, aku mesti talipon….makBila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..makBila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah….makBila nak exam, orang paling sibuk juga….makBila buat hal, yang marah aku dulu….makBila ada masalah, yang paling risau…. makYang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….makkalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…makYang selalu puji aku….makYang selalu nasihat aku….makBila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasangankuBila sedih, aku cari….mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasangankuBila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasangankuBila berduka, aku peluk erat….emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasangankuBila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasangankuEntah bila… aku nak talipon mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasangankuEntah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wanguntuk mak?mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya……..
Tapi kalau mak sudah tiada……….
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudisibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makanmalam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yangdihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00



Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatuberlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulissesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan olehsiibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
“Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “TelahDibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.






p/s: sayang mak....

2 comments:

NUR AFIQAH BINTI ABU BAKAR said...

waaa..sedey la

SaKuRa said...

so...try ro appreciate ur luvly mum..
nway..kiter pom bkl jd mama..ibu..or ..umi..n emak..hehehe